SARAWAK TUAN RUMAH SIDANG USAHAWAN WANITA
KUCHING – 4 Mei 2012, Sarawak buat ulung kalinya akan menjadi tuan rumah pertama Persidangan Usahawan Wanita Asia Tenggara (WEC 2012) yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pada 22 Mei 2012. Konvensyen dua hari itu dijangka disertai 400 para usahawan dari Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam serta Malaysia. Pada majlis sidang akhbar tersebut dilakukan oleh YB Datuk Hajah Fatumah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga. Hadir sama ialah YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS, Puan Rodziah , Setiausaha tetap kementerian dan Puan Norjanah Razali, Pengarah Biro Wanita. Pada sidang akhbar tersebut, Puan Hajah Juita Drap, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, berkata persidangan ini akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata setakat ini sebanyak 200 orang peserta telah mengesahkan kehadiran dengan bekas Menteri Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz akan menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘ Daya Tahan Dalam Berhadapan dengan Gelombangan Ekonomi semasa ’. Selain daripada itu, pembentang kertas kerja lain ialah YBhg Datuk Norida Hamzah , Pengarah Eksekutif Aerotree Defence Sdn Bhd, Puan Nita Yudi , Ketua Persatuan Peniaga Wanita Indonesia dan Puan Sabariah Mohamad Sofian, Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Sarawak. Bersempena dengan persidangan tersebut, satu perjanjian persefhaman akan ditandatangani oleh wakil setiap Negara sebagai tanda sokongan dan kerjasama antara usahawan wanita serantau Sementara YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, berharap persidangan ini akan menjadi ruang kepada usahawan wanita di negeri untuk mewujudkan rangkaian perniagaan dengan rakan di luar Negara.
|